Khamis, 3 Disember 2009

Renungan : Ingat 2 Perkara Lupakan 2 Perkara





Kita harus mengamalkan prinsip INGAT 2 PERKARA LUPAKAN 2 PERKARA".




2 Perkara yang perlu diingat :




- Kebaikan orang terhadap kita (Supaya kita jadi seorang yang mengenang budi)


- Keburukan kita terhadap orang (Supaya kita jadi seorang yang sedar terhadap , kesalahan,kekurangan dan keburukan diri sendiri)




2 Perkara yang perlu dilupakan :




- Kebaikan kita terhadap orang (Supaya kita tidak jadi seorang yang suka mengungkit-ungkit, bongkak dan sombong)


- Keburukan orang terhadap kita (Supaya kita jadi seorang yang pemaaf dan tidak pedendam).




Kita adalah manusia. Ingatlah ayat ini "sedangkan Nabi ampunkan ummat, inikan pula kita manusia yang lebih rendah darjatnya berbanding Nabi kita".

Isnin, 30 November 2009

Membuka Pintu Rezeki


Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata.......


" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada) "......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...


Assalammualaikum wr wb


Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"


Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)


- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)


- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah


- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)


- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah


Kesimpulannya:


- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari


- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) Wassalam.


Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA.

Khamis, 26 November 2009

Buat peringatan untuk kita yang sentiasa 'sibuk' / mencari alasan...


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina daripada khinzir..


Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yg dikisahkan pada zaman NabiMusa A.S. Begini kisahnya...


pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak ada .. zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. " Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.


Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..


Tapi, kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar itu... lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak payah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dari air kencing anjing hitam.


Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dari bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi... Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lebih hina dari air kencing anjing hitam..


Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sebab kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat..

tak gamakkan?


tapi..lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sebab tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s.


Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu. " jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan Kelak

Khamis, 12 November 2009

k a w a n

kata emak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.....

kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus mengalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana ....

kate saudara,
kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!!
kata abang, KAWAN tu seperti lembu, mengikut saja apa dikata........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau saja busuk tapi sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap tak ada.......

kata aku,
kawan tu tak kisahlah mcm mana.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!

dia tetap kawan.... tau tak sebab ape??? sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku... itu cara aku berkawan..!!

If I dont get this back I understand...

I have a game for you. Once you read this letter, you must send it to 14 people that you really care about, including the person that sent it to you. if you recieve at least 7 back then you are AMAZING

walaupun kita mempunyai kekasih,
tapi teman tetap paling setia.

walaupun kita punyai harta yg banyak,
teman tetap paling berharga.

kirim balik jika kamu anggap aku teman selamanya,
kirim ke semua teman mu.

lihat berapa banyak teman yg sayang kamu

Jumaat, 4 Julai 2008

kunic hati


Manusia bernyanyi cinta,
Menggila mencarinya,
Racau kembaranya!

Diilhamkan pada manusia,
Sukma kefasikan dan ketaqwaan,
Beruntung bagi yang menyucikannya,
Merugi bagi yang mengotorinya!

Pada cinta itu dijiwa manusia,
Ada rasa haus dahaga,
Ada rasa panas melekit,
Ada rasa pedih sakit,
Ada rasa suka buta,
Ada rasa risau sasau,
Ada rasa sayang melayang,

Ada rasa pening lalat,
Ada rasa kasih nikmat,
Ada rasa rindu amat,
Ada rasa sejuk embun,
Ada rasa tenang aman!

Semua mampir dalam dhomir,
Adakah semua itu prahara sirna menyindir?
Atau ia helahan syaitan bertukar gilir?
Atau pula kurniaan Tuhan yang hadir?
Manusia itu bertanya!

Kemudian jumpa lirik hebat,
Dinyanyi langsung melekat padat,
Isinya suruhan menjadi zahid tauhid,
Bukan nafsu pahit mulhid!

Nyanyian ini berkata nyawa,
Ia hidup meredup resap jantung degup,
Denyut berbuah taqwa,
Itu asasnya,
bukan sangkaan semata!

Lantas manusia tadi berborak dengan Tuhannya:

Jika aku pencinta malam, maka gelasku memancarkan cahaya dan cinta yang mekar…
Adapun begitu seorang lagi,
Dia jumpa jalan indah dimatanya,
Jauh dari hubbul wariq,
Namun tak sedar sebab dia ditarik!

Hidupnya bercampur baur,
Merah hitam kelabu putih telur,
Seronok persis emas menyadur lebur,
Hakikatnya hanya amal dibawah kubur!

Namun ada yang tampil bertanya,

Apa itu cinta?
Ia masih kabur,
Mana dia dustur makmur?!

Maka dijawab Tuhan:

Kau diciptaKu hanya untuk menyembahKu!
Mahu syurga bersifat hamba selayaknya,
Jangan sombong mendabik dada,
Hanya itu perintahKu pada manusia!
Sehingga itu ada dua,
Teka apakah ia?
Ada yang mengangguk taat setia mulia,
Ada pula hina berpaling lupa!

Rabu, 2 Julai 2008

I miss you

Though you are not here
wherever I go or whatever I do
I see your face in my mind
and I miss you so
I miss telling you everything
I miss showing you things
I miss our eyes
secretly giving each other confidence
I miss your touch
I miss our excitement together
I miss everything we share
I don't like missing you
It is a very cold
and lonely feeling
I wish that I could be
with you right now
where the warmth of our love
would melt the winter snows
But since I can't be
with you right now
I will have to be content
just dreaming about
when we'll be together again

Thinking Of YOU!

When I open my eyes
to see the sun rise
I think of you.
When I hear a robin sing
on the first day of spring
I think of you.
When I see a red rose
on the bush where it grows
I think of you.
When I feel the summer heat
on the sand beneath my feet
I think of you.
When I sit on a beach
another world just out of reach
I think of you.
When I see the colored leaves
fall to the ground from a light breeze
I think of you.
When I look to the night sky
and see the sparkle like in your eyes
I think of you.
When the snow is coming down
to softly blanket the ground
I think of you.
When I go to bed at night
as I turn out the light
I think of you.
When I'm old and near death
and I draw my last breath
I'll think of you.

Ahad, 29 Jun 2008

aku termenung & aku terkenang

Baju warna biru tua pemberian si dia, kucium berkali-kali dengan rasa kasih yang mengunung dan rindu yang bagai ombak tinggi menghempas diri ke pantai. Pandangan matanya dan senyumannya itu masih terakam diingatanku. "Jaga diri baik-baik. Jangan nakal-nakal" katanya lembut, sambil tersenyum nakal padaku. sempat pula dia mencuit hidungku dan dengan selambanya terus meletakkan tapak tangannya pada kedua- dua belah pipiku, lalu mencium dahiku. Aku sedikit terkejut tapi tidak pula menolak perlakuannya itu.

"Apalah abang ni..tak malu ehh..?" Aku bersuara setelah diam seketika. Aku cuba mengawal perasaanku sendiri. Aroma harum dan mengasyikkan dari tubuhnya sempat singgah ke hidungku. Ingin rasanya aku berada dalam dakapannya tika itu tapi aku hanya berdiri terpaku, aku malu..

Aku tersenyum sendiri, terkenang peristiwa lalu. Itulah hari terakhir aku bertemunya. Pertemuan singkat yang tak di rancang dan atas permintaannya. Kenangan itu selalu bermain di ingatanku, tiap kali aku memegang dan meletakkan baju pemberiannya ke dadaku. Dia selalu sibuk dengan tugasnya dan itulah alasan yang kerap diberikan padaku. Semakin jarang menelefonku dan akhirnya tidak lagi mendengar khabar darinya. Hatiku sarat dengan rindu, rinduku terhadapnya.

"Sabar ye.. abang sibuk ni. Nanti bila senang abang bagitau, kita jumpa.. bye". itulah Katanya bila dia menjawab panggilanku. Hanya itu kata-kata darinya dan talian diputuskan. Sampai kini dia tidak lagi menghubungiku. Entah apa masalah yang ditanggungnya. Entah apa yang berlaku, aku tak tahu. Aku berdoa dan berharap dia sihat dan hubungan ini kembali mesra seperti dulu.

Ada kalanya aku termenung memikirkan hubungan aku dengannya. Sampai bila harus berjauhan begini..? Berapa lama lagi aku mesti bertahan dengan keadaan ini..? Bukan aku curiga pada kesetiaannya. Bukan aku curiga kasihnya beralih arah tapi bila rindu semakin sesak di dada, bila sepi semakin menghimpit diri, aku rasa aku bagaikan tidak bermakna lagi buatnya. Tidak lagi diperlukan.. pedihnya hati ini.

Berjauhan darinya bagai duri yang menyucuk hatiku, rinduku terhadapnya membuat aku sedih. Hatiku selalu memujuk dan merintih.. "Pulanglah bang.. Pulanglah padakuuu..."

Rindu & sepiku

Sepanjang dalam perjalanan ke Saleng semalam, aku lebih banyak berdiam diri. Aku mengelamun sambil melihat keindahan alam yang menghijau di selang seli dengan suara mama, adik dan iparku. Aku melayan rasa hatiku yang sepi dan kerinduan. Aku asyik mengenangkan kemesraan lalu bersama si dia.

Mungkin kerana rindu dan sepi, hatiku menjadi sayu. Lalu dalam senyap, airmataku berguguran hangat membasahi pipiku. Aku hanya memandang keluar dari cermin kereta yang tertutup. Aku mengelap airmataku dengan hujung tangan baju kurungku dengan segera. Aku bimbang ada yang perasan aku telah menanggis. Aku beristiqfar beberapa kali di dalam hati, cuba mententeramkan jiwaku yang berkocak.

Parahnya aku rasakan bila jiwaku terganggu begitu. Aku melara sendiri. Menanggis di dalam hati, namun perlahan-lahan bangkit kekuatan dalam diri. Aku tidak boleh mengalah begini, tidak boleh tenggelam dalam perasaanku sendiri, tidak.

Aku berselawat dan terus berselawat sambil memejamkan mata, cuba menenangkan gelora di jiwaku kala itu. "Ahh...ini semua cuma dugaan kecil, aku pasti dapat melalui dan mengatasinya.. pasti." aku berbisik di dalam hati, cuba meyakinkan diriku sendiri. Cuba menegakkan tiang-tiang kesabaranku yang kian goyah.

"sayangku... rindu di hati ini selalu membakar jiwaku. Walau telah kubiarkan agar ia padam sendiri, ia tetap jua di situ. Tetap jua mengusik kedamaian hatiku, sebabnya hanya satu... kerna aku masih lagi menyayangimu dan mengharapkanmu..."

Sabtu, 28 Jun 2008

so sweet

kisah 5 pekara aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."


Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah s.w.t., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar. Sekian…………….

Jumaat, 27 Jun 2008

Kisah seekor ulat

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s. sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah s.w.t. dengan ulat ini?" Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah s.w.t. pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. "Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t. telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah s.w.t. mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?" Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah s.w.t. maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Begitulah sikap para Nabi a.s.apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah s.w.t. yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini

seorg pengambara

Bagaimana sahabat bisa dekat setia
Pabila engkau mengasari
Bagaimana simpati bisa mencurah
Pabila engkau merendahkan

Bagaimana percaya bisa hidup
Pabila engkau menghukum lagak kau lah yg sempurna

Bagaimana ikhlas akan menunjang
Pabila buruk sangka senyap menjalar di hati
Bagaimana hati bisa selalu terjaga
Pabila engkau berkata-kata yg meluka
Apakah dosa
Walaupun tidak sempurna
Semua hamba payah jerih mencuba
Selalu mengalir air mata
Tuhan adalah Teman saksi nyata
Kasihanilah jika engkau..

Anjing-anjing neraka


Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

• Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
• Bacalah Al-Quran
• Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
• Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
• Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
• Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
• Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
• Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
• Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
• Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah s.a.w., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah s.w.t."

Khamis, 26 Jun 2008

Al-Quran sebagai pembela:

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."