Jumaat, 4 Julai 2008

kunic hati


Manusia bernyanyi cinta,
Menggila mencarinya,
Racau kembaranya!

Diilhamkan pada manusia,
Sukma kefasikan dan ketaqwaan,
Beruntung bagi yang menyucikannya,
Merugi bagi yang mengotorinya!

Pada cinta itu dijiwa manusia,
Ada rasa haus dahaga,
Ada rasa panas melekit,
Ada rasa pedih sakit,
Ada rasa suka buta,
Ada rasa risau sasau,
Ada rasa sayang melayang,

Ada rasa pening lalat,
Ada rasa kasih nikmat,
Ada rasa rindu amat,
Ada rasa sejuk embun,
Ada rasa tenang aman!

Semua mampir dalam dhomir,
Adakah semua itu prahara sirna menyindir?
Atau ia helahan syaitan bertukar gilir?
Atau pula kurniaan Tuhan yang hadir?
Manusia itu bertanya!

Kemudian jumpa lirik hebat,
Dinyanyi langsung melekat padat,
Isinya suruhan menjadi zahid tauhid,
Bukan nafsu pahit mulhid!

Nyanyian ini berkata nyawa,
Ia hidup meredup resap jantung degup,
Denyut berbuah taqwa,
Itu asasnya,
bukan sangkaan semata!

Lantas manusia tadi berborak dengan Tuhannya:

Jika aku pencinta malam, maka gelasku memancarkan cahaya dan cinta yang mekar…
Adapun begitu seorang lagi,
Dia jumpa jalan indah dimatanya,
Jauh dari hubbul wariq,
Namun tak sedar sebab dia ditarik!

Hidupnya bercampur baur,
Merah hitam kelabu putih telur,
Seronok persis emas menyadur lebur,
Hakikatnya hanya amal dibawah kubur!

Namun ada yang tampil bertanya,

Apa itu cinta?
Ia masih kabur,
Mana dia dustur makmur?!

Maka dijawab Tuhan:

Kau diciptaKu hanya untuk menyembahKu!
Mahu syurga bersifat hamba selayaknya,
Jangan sombong mendabik dada,
Hanya itu perintahKu pada manusia!
Sehingga itu ada dua,
Teka apakah ia?
Ada yang mengangguk taat setia mulia,
Ada pula hina berpaling lupa!

Tiada ulasan: