Sepanjang dalam perjalanan ke Saleng semalam, aku lebih banyak berdiam diri. Aku mengelamun sambil melihat keindahan alam yang menghijau di selang seli dengan suara mama, adik dan iparku. Aku melayan rasa hatiku yang sepi dan kerinduan. Aku asyik mengenangkan kemesraan lalu bersama si dia.
Mungkin kerana rindu dan sepi, hatiku menjadi sayu. Lalu dalam senyap, airmataku berguguran hangat membasahi pipiku. Aku hanya memandang keluar dari cermin kereta yang tertutup. Aku mengelap airmataku dengan hujung tangan baju kurungku dengan segera. Aku bimbang ada yang perasan aku telah menanggis. Aku beristiqfar beberapa kali di dalam hati, cuba mententeramkan jiwaku yang berkocak.
Parahnya aku rasakan bila jiwaku terganggu begitu. Aku melara sendiri. Menanggis di dalam hati, namun perlahan-lahan bangkit kekuatan dalam diri. Aku tidak boleh mengalah begini, tidak boleh tenggelam dalam perasaanku sendiri, tidak.
Aku berselawat dan terus berselawat sambil memejamkan mata, cuba menenangkan gelora di jiwaku kala itu. "Ahh...ini semua cuma dugaan kecil, aku pasti dapat melalui dan mengatasinya.. pasti." aku berbisik di dalam hati, cuba meyakinkan diriku sendiri. Cuba menegakkan tiang-tiang kesabaranku yang kian goyah.
"sayangku... rindu di hati ini selalu membakar jiwaku. Walau telah kubiarkan agar ia padam sendiri, ia tetap jua di situ. Tetap jua mengusik kedamaian hatiku, sebabnya hanya satu... kerna aku masih lagi menyayangimu dan mengharapkanmu..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan